下载无水印或徽标的 Lemon8 视频和照片的最简单方法
提示! 右键单击并选择“Save link as...”进行下载。
PHOTOS | |||
WEBP | Origin Image | 下载 | |
WEBP | Origin Image | 下载 | |
WEBP | Origin Image | 下载 | |
WEBP | Origin Image | 下载 | |
WEBP | Origin Image | 下载 | |
WEBP | Origin Image | 下载 | |
WEBP | Origin Image | 下载 | |
WEBP | Origin Image | 下载 | |
WEBP | Origin Image | 下载 | |
WEBP | Origin Image | 下载 |
Hai semua! 🍋
Sejak-dua menjak ni Perlis begitu popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Kalau dulunya orang tanya pergi Perlis nak buat apa, sekarang tidak lagi.
Perlis telah muncul sebagai destinasi pilihan warga kota terutama dari Kuala Lumpur untuk 'healing' atau lari dari kesibukan kota. Makanan yang sedap, alam semulajadi yang unik antara faktor kenapa ramai yang memilih untuk ke Perlis.
Jadi perlukan bajet yang besar ke kalau nak travel ke Perlis?
Meh abang kongsikan itinerary 3 hari 2 malam ke Perlis cara bajet yang sesuai untuk student!
▶️ Pengangkutan
Ada banyak cara dari KL untuk ke Perlis. Boleh naik kereta, bas, atau train ETS untuk sini.
Bergantung kepada bajet anda & berapa orang ahli rombongan, cara yang paling murah sebenarnya naik kereta yang boleh dikongsi 4-5 orang.
Tambang Bas: Sekitar RM50
Tambang ETS: Sekitar RM90
Kalau naik bas, boleh turun di Arau, Kangar atau Kuala Perlis. Kalau naik ETS turun di Padang Besar.
Tapi kalau naik bas atau ETS, kena pikirkan cara untuk bergerak di sekitar Perlis. Bas awam agak sukar didapati. Jadi pilihan lain adalah dengan menyewa kereta.
Berikut adalah itinerary tempat yang boleh anda lawati bila di Perlis
Seeloknya sampai di Perlis pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) kerana banyak kedai atau pasar yang dibuka pada waktu ini.
🔻 Hari - 1
🥪 Sarapan Pagi: 📌 Warung Teratai Bonda, Arau
Sampai di Perlis, kita sarapan dengan menu kampung di Warung Teratai Bonda. Mee kari ada, roti bakar ada, ubi rebus ada. Abang rekomen kalau siapa datang ke Perlis untuk bersarapan di sini.
✅ NAT POKOK GETAH
Pasar pagi/pasar tani/pasar karat yang berlangsung setiap hari Jumaat & Ahad sahaja, bermula awal pagi hingga tengahari. Macam² ada dalam pasar ni. Uniknya dibuat di dalam kebun getah. Sejuk ja.
✅ ARKED PADANG BESAR
Tak kalut pi Hat Yai dah, semua benda ada di sini. Makanan, minuman, pakaian dari sempadan Thailand dijual di sini. Syurga bagi mak-mak yang suka shopping.
🍛 Makan Tengahari: Arked Padang Besar
Masakan panas Thai & minuman seperti teh ais Thai boleh didapati di sini. Lokcing, sosej semua segala macam makanan Thai boleh kita makan di sini.
✅ WANG KELIAN
Pintu sempadan Malaysia-Thailand yang popular. Boleh tengok pemandangan batu kapur Perlis di puncak Wang Kelian Viewpoint.
▶️ Penginapan:
📌 The Zuley Heritage Hotel, Kuala Perlis
Hotel bajet berhampiran Jeti Kuala Perlis. Senang untuk cari makanan di kawasan sekitar. Harga bilik RM120/malam boleh duduk 3 orang.
🍜 Makan Malam: Laksa Kak Su
Wajib cuba bila di Kuala Perlis. Laksa paling popoular. Buka sampai waktu Maghrib sahaja. Laksa di Perlis unik kerana dimakan bersama pulut udang.
🔻Hari - 2
🥪 Sarapan Pagi: Warung Kak Harirah
Ada banyak gerai² kecil menjual sarapan pagi di sekitar jeti Kuala Perlis. Boleh cuba sarapan di Warung Kak Harirah untuk menu sarapan ala-Thai. Pulut ayam ada, laksam ada, nasi lemak ada. Asli Thailand.
✅ TASIK TIMAH TASOH
Tasik paling popular di Perlis yang menjadi nadi utama pembekalan air bagi penduduk Perlis. Boleh naik bot pusing tasik, atau bergambar OOTD di kawasan sekitar tasik dengan padang rumput yang menghijau & menarik.
✅ KAMPUNG WARNA-WARNI KUALA PERLIS
Wajib lawat bila di Kuala Perlis. Nama sebenar Kg Seberang Ramai, sebuah kampung nelayan. Ada jugak jambatan 'pelangi' menghubungkan kampung ini ke ke kampung seberang. Masuk percuma sahaja.
🍛 Makan Tengahari:
📌Warung Kak Eta, Kuala Perlis
Mencari masakan Melayu atau nasi campur berlauk kampung untuk makan tengahari boleh mai sini. Banyak sungguh lauk dia. Sedap pun sedap. Recommended!
✅ SUNSET KUALA PERLIS
Tak sah la kau lepak Kuala Perlis tak tengok matahari terbenam atau 'sunset' yang cukup lawa. Boleh cari Dataran IMAB di jalan pantai Kuala Perlis. Ada banyak gerai dan port lepak minum di sepanjang pantai.
🍜 Makan Malam:
📌 Medan Selera Kuala Perlis
Wajib cuba seafood di Kuala Perlis sebelum balik. Ada banyak gerai di dalam medan selera yang menyajikan masakan panas & makanan laut.
🔻Hari -3
✅ JETI KUALA PERLIS
Ronda di kawasan sekitar jeti feri Kuala Perlis, tempat naik feri ke Langkawi. Di sini juga ada Masjid Terapung Kuala Perlis. Boleh tengok feri bawa kenderaan RORO Langkawi berlepas dari sini.
✅ JALAN PANTAI KUALA PERLIS
Waktu balik kita ikut jalan pantai Kuala Perlis hingga ke Kuala Sanglang Kedah. Memang sangat menarik dan lawa betul pemandangan kawasan kampung sekitar.
Sekian sahaja perkongsian itinerary 3H2M abang di Perlis yang boleh korang jadikan rujukan atau kajian bagi yang nak bercuti atau travel di Perlis.
Ada banyak lagi tempat menarik di Perlis ni sebenarnya yang tak sempat abang nak lawat, antaranya Gua Kelam, Bukit Chabang, Kampung Wai dan banyak lagilah. Kena duduk seminggu rasanya baru puas hati sikit 😬
Berapa bajet semuanya? Kalau kongsi² 3 orang untuk 3 hari 2 malam perjalanan sebenarnya tak sampai RM300 pun dah termasuk sekali makan minum. ( Ni kos untuk naik kenderaan sendiri ya ke Perlis)
Ikuti abang untuk lebih info & tips travel. Semoga bermanfaat! 🫶🫰
#Hi2024 #Perlis #itinerary #CutiBersamaLemon8 #Lemon8Malaysia #CutiCutiMalaysia #cheaptravel #WeeklyInspo #WeekendActivity #wheretogo