Lemon8 Video & Photo Downloader

The easiest way to download Lemon8 video & photo without watermark or logo

LeoDownloader Download Photos Semua TAKNAK Singgah Hentian RnR Ni. KENAPA?

Semua TAKNAK Singgah Hentian RnR Ni. KENAPA?

TIP! Right-click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Semua TAKNAK Singgah Hentian RnR Ni. KENAPA? WEBP Origin Image Download

Hi semua! πŸ‹

Tahukah anda terdapat sebuah hentian rehat & rawat (RnR) yang selalu dielakkan orang ramai untuk berhenti rehat oleh kerana terdapat ceritaΒ² mistik di sini?

πŸ“Œ Hentian RnR Perasing,

Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), Terengganu

Kenapa semua orang tak nak berhenti rehat di sini?

Hentian RnR Perasing di LPT2 yang mula dibuka pada tahun 2017 dikatakan antara RnR paling 'menyeramkan' di Malaysia. Banyak ceritaΒ² rakyat & buah mulut abang-abang lori berkenaan RnR ini.

Mungkin lokasinya yang agak 'terasing' dan jauh ke dalam sedikit dari lebuhraya menyebabkan ianya kelihatan suram & sunyi. Ditambah kisahΒ² gangguan yang diceritakan mereka yang singgah di sini.

RnR Perasing ni agak luas & selesa, namun gagal menarik orang ramai singgah terutama sekali bila malam menjelma. Sedangkan siang pun tak ada orang singgah, inikan pulak waktu malam.

Antara ceritaΒ² misteri & mistik di RnR Perasing ni adalah seperti: -

- Gangguan pada abang lori yang pernah melihat penampakan di atas kepala lori beserta 'cakaran' bila mana melalui RnR Perasing. Ada yang pernah diganggu bila berehat atau tidur di sini pada waktu malam.

- Usikan di tandas perempuan seperti ada orang berjubah hitam berdiri menghadap cermin tanpa muka, perempuan menyanyi sambil menukar lampin anak tapi sebenarnya tiada orang di tandas.

- Buaian di taman permainan sering 'berayun' sendiri di tengah malam walaupun tiada angin. Yang ni biasa kerap berlaku.

Waktu tengah malam jarangΒ² sekali ada kereta yang akan berhenti untuk ke tandas, melainkan kalau tak tahan sangat dah. Kalau ada pun mungkin satu kereta sahaja, surau & tandas besar tapi agak 'creepy' seperti berada di dalam kawasan yang ditinggalkan.

Oleh kerana itu tak banyak kedai yang beroperasi di sini. Kata mereka nak cari pelangggan untuk singgah pun agak susah bila ceritaΒ² hantu di RnR Perasing ni menjadi bualan orang.

Tidak dapat dipastikan dari mana ceritaΒ² ini muncul. Mungkinkah dahulunya tempat ini 'keras'? Ada yang kata berhampiran perkampungan 'bunian' yang tidak jauh dari situ. Wallahualam.

Selama abang lalu & singgah, tak ada apaΒ² kejadian aneh yang berlaku di RnR Perasing ni. Semuanya kelihatan nomal.

Korang ada pengalaman tak di RnR Perasing ni? Boleh kongsikan di ruangan komen ok. Nak jugak tahu ceritaΒ² lain kalau ada.

Ikuti abang untuk lebih info & tips travel. Semoga bermanfaat!

#kisahseram #haunted #RnRPerasing #NotRecommended #Seram #mistery #travelwithlemon8 #Lemon8Malaysia #terengganu #TravelStory