Lemon8 视频和照片下载器

下载无水印或徽标的 Lemon8 视频和照片的最简单方法

LeoDownloader 下载照片 TIPS TAHAN PUASA

TIPS TAHAN PUASA

提示! 右键单击并选择“Save link as...”进行下载。

PHOTOS
TIPS TAHAN PUASA WEBP Origin Image 下载
TIPS TAHAN PUASA WEBP Origin Image 下载

Hello semuaa 😊🍋 bulan puasa dah nak dekat kan.. tapi masih ramai yang tak tahu tentang tips tahan puasa! jadi, harini hana nak share tips tahan puasa yang boleh diamalkan oleh orang dewasa & kanak-kanak! 👍🏻

Antara tips yang kita boleh praktikkan adalah:

1.Makan buah kurma 🫒

Macam yang ramai tahu, buah kurma sangat terkenal bila bulan ramadhan mula menjelma..ini kerana khasiat buah kurma yang kaya dengan serat dan nutrisi kerana buah kurma dikeringkan sehingga kandungan kalori kurma lebih tinggi daripada kebanyakkan buah-buahan segar lain. Selain itu, kurma juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral penting serta manfaat lain yang mungkin ramai tak tahu antaranya termasuklah sumber serat yang baik untuk pencernaan, meningkatkan kecerdasan minda dan mengandungi mineral yang baik untuk tulang. Susah nak pujuk kanak-kanak makan kurma ? korang boleh je cuba alternatif lain, gantikan dengan susu kurma!

2.Minum air kosong secukupnya 🥛

Walaupun berpuasa, ia tidak bermakna kita kena kurangkan jumlah air yang kita minum pada setiap hari. Sangat penting untuk kita minum air kosong secukupnya pada bulan puasa untuk kekal terhidrasi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 12 gelas sehari. Minum tak semestinya selepas sahur sahaja tapi kita juga boleh kekalkan hidrasi dalam badan kita dengan cara minum air selepas masuk waktu maghrib, isyak dan selepas terawih serta sebelum tidur.

3.Elakkan makanan yang bergoreng atau berminyak🍝

Korang tahu tak, makan makanan yang tinggi garam, gula dan lemak ketika sahur secara berlebihan akan menyebabkan kenaikan paras insulin (insulin spike). Ia boleh menyebabkan kesan ketara iaitu kita mudah berasa lapar dan haus dengan cepat walaupun baru beberapa jam mula berpuasa.

#Lemon8MomsClub #WeeklyChallenge #ramadhan2024 #ramadhantips