Lemon8 Video & Photo Downloader

The easiest way to download Lemon8 video & photo without watermark or logo

LeoDownloader Download Photos Tips Lemon8 : Hilangkan kesan bau Tupperware

Tips Lemon8 : Hilangkan kesan bau Tupperware

TIP! Right-click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Tips Lemon8 : Hilangkan kesan bau Tupperware WEBP Origin Image Download

Hye friend Lemon8 🍋

Hari nii i nak share satu tips mudah untuk mummy2 semua. Mummy mesti pernah alami bekas Tupperware makanan kita berbau, bila isi makanan automatik melekat bau tuu pada makanan kann..??

Pisstt.. Sabar dulu mummy, jangan terburu2 buang bekas makanan berbau tuu.. tak perlu susah2 beli bekas yang baru.. jom i kongsikan tips jimat yang boleh mummy semua ikuti.. Cuba semak di bawah tipsnya yer:

🍋 BAKING SODA/ SERBUK PENAIK

Baking soda atau serbuk penaik boleh gunakan untuk menyerap dan menghapuskan bau dengan sangat berkesan. Caranya mudah, campurkan soda ini dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam bekas makanan tersebut. Biarkan seketika dan bilas.

Jika masih berbau, biarkan ia terendam dalam larutan soda penaik tadi dengan lebih lama, iaitu lebih kurang semalaman.

. . . .

🍋 GARAM

Selepas mencuci bekas makanan, taburkan sejemput garam ke dalamnya. Tutupkan bekas dan biarkan selama 1-2 jam. Secara semula jadi, garam akan bertindak menyahkan bau makanan atau minuman yang masih tertinggal sekali gus menghilangkan bau bekas makanan anda.

. . . .

🍋 SERBUK TEH

Satu lagi bahan semulajadi yang boleh menyerap aroma dengan pantas ialah serbuh teh. Mummy boleh menggunakan serbuk atau uncang teh yang telah digunakan ataupun belum.

Caranya mudah sahaja, cuma letakkan uncang teh ke dalam bekas yang telah dicuci dan tutup bekas serta biarkan selama semalaman.

#Lemon8Malaysia #AskLemon8 #AboutMe #virallemon8 #MalaysiaLife #MasakanRumah #WeeklyChallenge