Lemon8 Video & Photo Downloader

The easiest way to download Lemon8 video & photo without watermark or logo

LeoDownloader Download Photos Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni!

Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni!

TIP! Right-click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni! WEBP Origin Image Download
Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni! WEBP Origin Image Download
Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni! WEBP Origin Image Download
Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni! WEBP Origin Image Download
Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni! WEBP Origin Image Download
Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni! WEBP Origin Image Download
Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni! WEBP Origin Image Download
Sewa Kenderaan OVERSEA Masa Travel? Mesti Ada Ni! WEBP Origin Image Download

Hai semua! 🍋

Bang Wan di sini! 🫰

Anda TRAVEL ke OVERSEA dan merancang untuk sewa kereta/motor dan memandu di sana? 🚗

Pertama sekali pastikan anda kena ada dulu lesen Malaysia yang sah!

Penggunaan lesen Malaysia ketika travel ke luar negara bergantung kepada destinasi yang anda kunjungi. Secara umum, lesen memandu Malaysia boleh digunakan di beberapa negara dalam tempoh masa terhad, biasanya sekitar 3 hingga 6 bulan.

Negara-negara seperti Singapura, Thailand, Australia, dan New Zealand yang membenarkan pelawat menggunakan lesen Malaysia untuk jangka masa tertentu, asalkan lesen tersebut masih sah dan dalam bahasa Inggeris.

Sila ambil perhatian! 📢

Sila ambil perhatian! 📢

Sebelum nak sewa kereta tu, pastikan baca dulu syarat²nya. Sebab ada kes pelancong Malaysia nak sewa kereta di Eropah khususya, tak boleh sewa sebab tak ada lesen fizikal ini. 🪪

Sesetengah negara tak terima lesen digital dalam apps JPJ tu. Jadi kita kena pergi JPJ & apply balik lesen jenis kad yang lama tu!

Walaupun kita dah 'renew' lesen & dapat slip lesen jenis 'laminate' tu tidak diterima ya kalau nak sewa kereta di luar negara. Kena ada lesen fizikal jenis kad yang lama tu jugak.

Macam mana nak buat lesen memandu fizikal ni?

Urusan ini hanya boleh dibuat di cawangan JPJ yang besar & utama sahaja ya. Contohnya seperti di JPJ Wangsa Maju dengan caj bayaran sebanyak RM20.

Nanti pegawai JPJ akan minta salinan tiket flight sebagai bukti. Diingatkan nak apply suka² lesen fizikal sekarang ni tak boleh ya!

Tapi dah alang² tu korang boleh je renew lesen ( tambah tahun) dan lesen fizikal tu akan dapat percuma. Lain cawangan, lainlah prosedurnya. Seeloknya telefon dulu tanya cawangan JPJ berkaitan apa dokumen yang diperlukan.

Sesetengah negara menerima lesen versi kad lama ni SAHAJA tanpa perlu ada IDP (International Driving Permit). Kalau ada IDP sekalipun, perlu ada juga lesen versi kad ini.

INTERNATIONAL DRIVING PERMIT (IDP)

Untuk negara-negara yang tidak menerima lesen Malaysia secara langsung, anda mungkin perlu mendapatkan lesen memandu antarabangsa (IDP).

Lesen ini adalah dokumen yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan lebih mudah diiktiraf oleh pihak berkuasa luar negara. Anda boleh memohon IDP di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dengan bayaran RM150 untuk tempoh sah laku setahun.

Jadi KESIMPULAN nya nak sewa kenderaan ni perlu ada DUA (2) dokumen penting.

1) Lesen Fizikal Kad (Bergambar) ✅

2) International Driving Permit (IDP) ✅

Yang tidak laku & diperlukan:

- Lesen Digital Apps JPJ ❌

- Slip Renew Lesen (Laminate) ❌

Ikuti abang untuk lebih info & tips travel. Semoga bermanfaat! 💪

#TravelWithLemon8 #Lemon8Malaysia #Lemon8Travel #CutiBersamaLemon8 #Lesen