Lemon8 Video- und Foto-Downloader

Der einfachste Weg, Lemon8-Videos und -Fotos ohne Wasserzeichen oder Logo herunterzuladen

LeoDownloader Fotos herunterladen DOUBT 2024 (wajib tonton )

DOUBT 2024 (wajib tonton )

TIPP! Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie „Save link as...“ zum Herunterladen.

PHOTOS
DOUBT 2024 (wajib tonton ) WEBP Origin Image Herunterladen
DOUBT 2024 (wajib tonton ) WEBP Origin Image Herunterladen
DOUBT 2024 (wajib tonton ) WEBP Origin Image Herunterladen

Kes bvnvh terjadi,

Lebih kurang 2 liter darah manusia dijumpai bertakung di dalam sebuah bangsal lama di tengah-tengah hutan.

Mangsa disyaki telah mati dibvnvh,

Melihatkan kesan darah yang sangat banyak,

Tubuh badan mangsa disyaki telah dipotong-potong sebelum dibuang.

Masalahnya, tempat kejadian itu terlalu bersih dan hanya takungan darah dijumpai tanpa penemuan mayat mangsa.

Kes bvnvh tanpa jasad, menggemparkan! Menakutkan!

Drama Korea terbaru ni memang berjaya bagi mood mencengkam perasaan, sangat misteri dan pada masa yang sama mengerikan.

Main emosi dan ilusi. Pasti para penonton sama-sama hanyut dalam perperangan jiwa Jang Tae Su (Han Suk Yu) sepanjang episod berlangsung.

Bagaimanakah agaknya hidup bersama pembunuh kejam selama bertahun-tahun? Jang Tae Su adalah seorang profiler jenayah yang hebat, jarang-jarang kata hatinya salah, dia boleh membaca setiap pergerakan dan motif penjenayah-penjenayah licik, bagaimana kini, bila anaknya sendiri menunjukkan ‘simptom’ sebagai seorang pembvnvh bengis yang bijak menyimpan jejak?!

Tajuk: DOUBT (2024)

Spoiler alert⚠️

Tidak dapat tidak, pasti anda merasakan bahawa anak Jang Tae Su adalah seorang gadis psiko.

Persoalan di akhir episod ke-2 tetang kematian adik lelaki dan ibunya sendiri meninggalkan tanda tanya yang berat, dan membuatkan hati meronta-ronta menanti episod baru bagi siri ini.

Seorang profiler jenayah terpaksa berdepan dengan pegangan moralnya sendiri dan dilema yang dahsyat apabila siasatan mengenai kes pembvnvhan tanpa mayat membawanya kepada penemuan mengejutkan.

Suspek utama adalah anaknya sendiri! Anaknya yang sebelum ini pernah disyaki membvnvh adiknya sendiri, semasa zaman kanak-kanak mereka.

Walau bagaimanapun, segalanya kurang jelas. Anaknya itu kuat memberontak, mungkin kerana semasa kecilnya, bapanya mengesyaki dia membvnvh adiknya sendiri. Makin lama dia makin menjauh, kelihatan tertekan dan penuh rahsia.

Kini dia terlibat dengan satu lagi kes pembvnvhan.

Dia cuba meraih kepercayaan bapanya walaupun sukar, bapanya juga begitu. Cuba menyangkal segala syak wasangka walau segala bukti mengarah kepada anaknya sendiri.

Benarkah anak gadis ini seorang pembvnvh psikopat kejam? Bapanya, seorang profiler jenayah terkemuka dan memang handal menganalisa kelakuan pembunuh dan para penjenayah, jarang sekali bapanya itu salah menilai!

Pertarungan perasaan,

Antara mengegakkan keadilan dan melindungi orang tersayang.

Rahsia pasti terbongkar,

Kegilaan yang tersembunyi menyiat-nyiat hati insan yang dalam kegelepan.

Siri psiko thriller-crime ini sangat berjaya dengan skor muzik yang mendebarkan dan color grading yang sangat kena mood dan atmosfera cerita. Skrip yang simple namun sangat mendalam dan persembahan lakonan yang mantap terutamanya dari Han Suk Yu yang mengemudi premis cerita dengan cemerlang.

Stream di Astro Go dan anda juga boleh menonton di CH 393 ONe ✅

9/10 untuk 2 episod awal ini, masih berbaki 8 episod.

#lemon8

#lemon8merch

#movierecommendation

Unterstützte Websites